Suami isteri ditahan mengedar dadah

Gambar hiasan

Kluang: Suami isteri antara tiga disyaki pengedar dadah ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, bertindak atas maklumat awam, anggota BSJN menahan sebuah Perodua Kancil di tepi jalan di Kampung Melayu Batu 5, Sri Lalang dekat sini kira-kira jam 12 tengah hari.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas dua lelaki berusia 38 dan 46 tahun di dalam kereta itu menemukan satu beg uncang mengandungi satu paket plastik lutsinar berisi dadah disyaki heroin dengan anggaran berat 76 gram.

“Kedua-dua lelaki berkenaan dan barang rampasan bawa ke IPD Kluang untuk tindakan selanjutnya.

Penyatuan ummah : Manfaat kepada Melayu, Islam

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua lelaki berkenaan mendapati mereka positif jenis dadah methamphetamine dan morfin,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut Low, kedua-dua lelaki berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 yang boleh dihukum denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

“Hasil siasatan lanjut, polis menahan seorang wanita berusia 39 tahun di Jalan Ciku, Kluang yang juga isteri kepada salah seorang suspek lelaki yang dipercayai turut terbabit dengan pengedaran dadah.

“Turut dirampas susulan penahanan wanita itu adalah sebuah kereta BMW anggaran nilai RM20,000 dan wang tunai RM4,000,” katanya.

Low berkata, semakan mendapati kedua-dua lelaki berkenaan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Semua tangkapan direman tujuh hari mulai hari ini untuk membantu siasatan lanjut.

https://mykmu.net/2017/06/12/kecam-insiden-di-kluang-apa-yang-muhyiddin-faham/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker