Mayat bapa ditemui terapung
Pelabuhan Klang: Mayat mangsa bot karam dijumpai 2 batu nautika barat daya Pantai Kelanang, 10.30 pagi, hari ini.
Pengarah Maritim Negeri Selangor Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, mayat yang dijumpai adalah nelayan bot fiber yang keluar mencari udang bersama anaknya.
“Mayat Abdul Rahman Mat Kasim, 66, dijumpai oleh nelayan dalam keadaan terapung lengkap berpakaian.
“Operasi Carilamat Tanjung Sepat ditamatkan pada jam 1 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohammad Rosli berkata, pencarian mangsa bot nelayan tempatan Kelas C diteruskan di Kuala Selangor dengan keluasan 105 batu nautika persegi.
“Agensi yang terbabit adalah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
“Dua mangsa yang masih hilang adalah warga Indonesia yang menaiki bot nelayan tempatan Kelas C pada Khamis lalu. Operasi diteruskan sehingga 7 malam ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, proses bedah siasat dijalankan di Hospital Banting 2.30 petang hari ini.
Khamis lalu, bot fiber dinaiki Abdul Rahman dan anaknya, Mohd Farizal Abdul Rahman, 40, karam akibat cuaca buruk, 2.9 batu nautika di perairan Tanjung Sepat.
Anak mangsa diselamatkan oleh nelayan berhampiran- HM
“Bapak saya dah tenggelam.” -Lelaki terapung tengah laut selepas bot karam [ VIDEO ]
You must be logged in to post a comment.