Konon Menyamar Sebagai ‘Orang Aircond’ Tapi Bila Buka ‘Mask’ Rupa-Rupanya…Memang Sebak! [ VIDEO ]

Memang tidak dapat dinafikan, terpisah dan tidak dapat bersua muka dengan insan tersayang terutamanya ahli keluarga merupakan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa berpisah dalam satu tempoh yang agak lama.

Itu lah perasaan yang dialami oleh Massoezailin Saleh dan anak-anaknya apabila rindu mereka sekeluarga selama 7 bulan akhirnya terubat dengan kepulangan insan tercinta. Lebih menyentuh hati apabila melihat reaksi anak-anak pasangan ini melihat wajah si bapa, sebak!

‘Saat yang kami tunggu’

Air mata after 7 months. Menyamar sebagai “orang aircond”. Tetapi anak-anak tetap ada instinct bahawa itulah papa mereka. Surprise yang Mass dan suami dah plan since dapat berita suami Mass dapat approval untuk balik akhirnya menjadi.

Saat yang kami tunggu. Allah makbulkan doo-doa kami dan semua ahli keluarga serta sahabat semua. Alhamdulillah. Terima kasih semua. Memang bukan senang sepanjang tempoh berjauhan selama hampir 7 bulan terpisah. Satu tempoh yang kami tidak pernah jangka. Terlalu banyak airmata yang jatuh. Tapi, semua ni ketentuan Allah. Seribu satu hikmah untuk kami.

Sebaknya!

[videopress n2mZH8zf]

Allah pinjamkan 14hari untuk kita bersama. Sabtu depan, kita terpaksa berpisah semula. Setiap kali pandang suami, seakan tak percaya yang dia ada disisi. Anak-anak juga memang akan melekat dengan papa. Melepaskan kerinduan mereka. Akan bercerita moment2 penting sepanjang ketiadaan papa disisi.

Kami doakan sesiapa sahaja yang terpisah kerana virus ini, Allah akan satukan kamu semua dengan segera. Semoga virus ni Allah angkat dan hapuskan dari bumi dengan segera. Doakan kami kuat untuk hadapi saat perpisahan minggu depan.

Sumber: Massoezailin SalehSaufee Saleh

Kredit : OhBulan

 

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker