‘Hampir Gugur Jantung’ – Tak Cukup Tumpang Tidur Di Rumah, Suami Terkejut Bila Rakan Tiba-Tiba Minta..

Share

Sebagai pasangan berumahtangga, komunikasi adalah penting untuk mengelakkan salah faham dan bermasam muka. Sebelum membuat keputusan, pasangan hendaklah berbincang untuk mencari jalan penyelesaian.

Seperti kisah yang dikongsi saudara Akhtar Syamir ini, seorang suami secara tiba-tiba menumpangkan kawan tidur di rumah tanpa persetujuan isteri. Si isteri berasa tidak selesa kerana terpaksa mengurungkan diri di dalam bilik sahaja. Namun, paling tidak sangka apabila rakan membuat permintaan biadap!

 

Kawan suami tumpang tidur 2 hari

Sekadar gambar hiasan

Padah menerima tetamu. Dikongsikan sahabat group Telegram BroOhsem Fans.

Benda ini terjadi tahun lepas. Kebetulan kami memang sedang mengalami krisis dalam perhubungan. Sebenarnya masuk tahun ini, dah 3 tahun krisis saya dan suami tidak menemui jalan penyelesaian. Tak tahu bagaimana lagi nak selesaikan. Masalah utamanya adalah suami tidak boleh dibawa berbincang. Dia lebih suka diam dan pendam.

Nak dijadikan cerita, suami bawa balik kawan dia ke rumah. Kawannya minta tumpang tidur di rumah 2 hari. Katanya sedang mengurus perihal rumah yang mahu disewa. Jujur saya katakan yang saya memang tak suka suami bawa pulang kawan-kawan ke rumah. Rumah kami ni kecil dan hanya ada 2 bilik sahaja. Bila orang luar datang, saya kena memerap sahaja dalam bililk. Tapi suami memang jenis takkan bincang kalau nak buat apa-apa. Saya terpaksa mengalah.

Seperti biasa, saya menguruskan rumah. Mengemas, memasak dan sebagainya. Kawan suami ni kerja satu syif dengan dia. Jadi, pergi dan balik pun mereka bersama. Masuk hari ketiga, dia mula buat alasan nak tumpang lebih lama lagi. Tapi saya berkeras dengan suami suruh dia cari rumah kawan yang lain. Memang tak sesuai menumpang di rumah orang yang sudah berkahwin. Saya sangat tidak selesa dan rimas berkurung di dalam bilik setiap kali dia ada.

Tiba-tiba dapat mesej

Sekadar gambar hiasan

Seminggu berlalu, tiba-tiba dia whatsapp saya. Katanya suami saya beruntung kerana dapat isteri yang rajin macam saya, rumah tangga terurus, pandai jaga diri dan sebagainya. Saya abaikan dan tak balas pun. Keesokan harinya dia mesej lagi. Terus saya block dia. Dua tiga hari selepas itu dia datang ke rumah semasa suami saya tiada. Saya tak buka pun pintu. Dia bersembang dengan anak melalui tingkap. Saya rasa tak sedap hati. Seminggu selepas itu pula, suami balik kerja dalam keadaan marah-marah. Saya cuba tenangkan dia dan bertanya kenapa.

Hampir gugur jantung saya bila suami bagitahu yang kawannya minta nak tidur dengan saya semalaman. Saya rebah ke lantai saat mendengar kata suami. Ingatkan dalam drama tv sahaja benda ni jadi, rupanya terjadi pada saya sendiri. Tak sangka betul. Dalam hati, marah betul saya pada suami kerana tumpangkan kawan dia tu di rumah. Tak ubah seperti melepaskan anjing yang tersepit. Suami saya sendiri pernah cakap yang saya ni level-level makcik yang sedang meniti umur. Akhirnya kawan dia yang gila.

Menolong tidak salah

Sekadar gambar hiasan

Begitulah. Menolong orang itu tidak salah. Tetapi perkara paling utama yang perlu difikirkan ialah keselamatan keluarga. Kemudian fikir masalah atau kemungkinan yang bakal dihadapi isteri. Bawalah berbincang sebelum membuat keputusan seperti ini kerana ia boleh membinasakan.

Sama juga seperti isteri menumpangkan kawan perempuan. Tak kira yang belum berkahwin atau sudah. Risikonya terlalu tinggi. Benda yang tiada apa-apa boleh jadi macam-macam. Satu lagi pengajaran. Isteri yang kita marah-marah dan rasa tidak sempurna dan serba kekurangan itu mungkin dipandang sempurna oleh orang lain. Kita sahaja yang tak nampak. Hargailah isteri anda. Nanti orang lain yang hargai, susah. Semoga menjadi iktibar buat semua.

Jemput follow saya Akhtar Syamir dan isteri Nora Azni. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan, emas dan isu semasa. Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.-Oh Bulan

Sumber: Akhtar Syamir

Leave a Reply