Agong perkenan Anwar mengadap Selasa depan

Presiden PKR, Anwar Ibrahim, mengumumkan akan menghadap Agong pada Selasa depan.

“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Saya ingin menjunjung kasih kerana Ke bawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober , Insya-Allah.

“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.

“Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing,serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 23 September lalu, presiden PKR itu mengumumkan bahawa dia mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Katanya, majoriti yang diperolehi adalah konklusif dan bukannya majoriti tipis. Namun butirannya hanya akan didedahkan selepas dia mengadap Seri Paduka yang ketika itu menjalani rawatan di Institut Jantung Negara.

Anwar tunggu tarikh baru untuk mengadap Agong – sumber

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker