Pendakwaan atas Khairuddin, bukan kita tapi mahkamah yang tentukan salah atau tidak – Asyraf Wajidi
Pemuda UMNO bersetuju Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali didakwa di mahkamah bagi menentukan sama ada pemimpin Pas itu bersalah atau tidak melanggar arahan kuarantin wajib.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah selagi mahkamah belum membuat sebarang keputusan.
Menurutnya, saranan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu Mohd Khairuddin didakwa di mahkamah ada asasnya.
“Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman, dalam konteks ini saya rasa kita berilah peluang untuk sistem keadilan negara (mahkamah) untuk membuat pertimbangan.
“Biar sistem kehakiman memutuskan adakah benar beliau (Mohd Khairuddin) melakukan kesalahan tersebut.
“Kalau salah, kena hukum seperti rakyat biasa. Jangan ada dwi-standard dalam sistem perundangan kita, pemimpin dan rakyat ada berbeda-beda prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan,” katanya pada Sinar live bertajuk YB Masih Berpolitik? di sini hari ini.
Najib dalam hantaran di Facebook mahu Mohd Khairuddin dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan melanggar arahan kuarantin wajib.
Menurutnya, beliau bukan hendak mengecam Pas tetapi sedar bahawa rakyat amat tidak puas hati mengenai perkara tersebut.
Ketua ARMADA, Wan Fayhsal pertahan janji keluarkan surat sokongan
You must be logged in to post a comment.