Tiba giliran Kuala Selangor alami gangguan bekalan air, bertabahlah..

Share

KUALA LUMPUR – Sebanyak 28 kawasan di Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air berjadual dianggarkan hampir 13 jam pada Selasa depan.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri berkata, Loji Rawatan Air Sungai Sireh (LRA Sungai Sireh) akan dihenti tugas berikutan kerja-kerja penggantian injap bermula jam 9.30 pagi hingga jam 10 malam pada hari sama.

Menurutnya, kerja-kerja penggantian injap di LRA Sungai Sireh itu membolehkan loji beroperasi dengan lebih cekap serta memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum.

“Penambahbaikan infrastruktur loji ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor untuk meningkatkan kualiti demi keselesaan para pengguna di masa hadapan,” katanya di sini hari ini.

Pasangan Suami Isteri, Anak 3 Tahun Dari Malaysia Ditemui Mati Di England, Polis Siasat Kemungkinan…

Elina berkata, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air berbeza mengikut kawasan bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dari LRA Sungai Sireh dan tekanan air pada sistem agihan.

“Air Selangor ingin menasihatkan pengguna terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.

Selain itu, pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Berikut 28 kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air:

1. Bagan Tengkorak

2. Jalan Ban Canai

3. Jalan Kunci Air Buang

4. Kampung Ampangan

5. Kampung Haji Razali

6. Kampung Melaka/ Kampung Kilat

7. Kampung Pinang

8. Kampung Seri Tiram Jaya

9. Kampung Sungai Burong 1 Parit 1 – Parit 4

10. Kampung Sungai Kajang

11. Kampung Sungai Tengi Kiri (Pekan Tanjung Karang)

12. Kampung Tok Adam

13. Kampung Ulu Tiram

14. Lorong Bahagia

15. Parit 1 Sungai Burong

16. Seluruh kawasan Sawah Sempadan Blok A – Z

17. Sungai Burong Sawah Parit 1 – Parit 4

18. Sungai Sireh Lorong 1 – 23

19. Taman Desa Jaya

20. Taman Kopema

21. Taman Radin Jaya

22. Taman Sri Bakti

23. Taman Sri Desa

24. Taman Sri Jaya

25. Taman Sri Setia

26. Taman Sri Tanjong

27. Taman Tanjung Karang/ Taman Ria Min/ Taman Ketam

28. Taman Wawasan

‘Cuci’ duit haram, RM100,000 ditemui di rumah pegawai polis

Leave a Reply