Nabil Ahmad jalani kuarantin [Video]
Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad kini menjalani kuarantin kendiri dirumahnya.
Nabil mengambil keputusan untuk membuat swab test kerana pernah mempunyai sejarah kunjungan di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya yang dimaklumkan terkesan dari kes COVID 19.
Menurutnya, selepas menerima notis pusat beli-belah itu mempunyai kes, dia terus memanggil pasukan swab-test swasta untuk melakukan ujian.
“Kami dapat tahu semalam (Isnin) jadi kami terus buat keputusan untuk menghubungi pasukan swab-test swasta untuk melakukan ujian,” katanya.
“Bukan saya sahaja, ahli keluarga saya dan orang gaji saya juga menjalani ujian tersebut sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini hari ini.
Buat masa ini, pengacara yang popular dengan program realiti, Gegar Vaganza itu sihat dan tidak mempunyai sebarang simptom.
Namun, pelawak berusia 37 tahun itu tetap mahu menjalankan ujian tersebut kerana tugasnya yang memerlukannya berjumpa ramai orang lebih-lebih lagi program Gegar Vaganza akan bermula tidak lama lagi.
Pada masa sama, Nabil memberitahu keputusan COVID-19 beliau akan diperolehi esok pagi dan meminta semua masyarakat Malaysia mendoakan kesejahteraanya bersama keluarga.
Nabil yang juga pengacara program Meletop juga tidak menghadiri program mingguan itu namun hanya akan dihubungi melalui panggilan video.
Semoga tiada apa-apa yang berlaku kepada Nabil Ahmad dan keluarga. Awani