Pertimbang bayaran one off RM500 kepada pelajar IPT – Asyraf Wajdi
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pemberian bayaran one-off sekurang-kurangnya RM500 kepada semua pelajar universiti yang terkesan dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, ia bagi mengurangkan bebanan mereka yang telah mengeluarkan belanja awal termasuk kos pengangkutan dan pendahuluan rumah sewa sebelum terpaksa akur dengan keputusan KPT yang menangguhkan kemasukan pelajar ke kampus bagi sesi akademik Oktober ini.
“Walaupun KPT mempunyai justifikasi kukuh untuk tidak mahu mengambil risiko dengan penularan wabak Covid-19 ketika ini, namun keputusan di saat akhir hakikatnya telah memberi kesan kepada sebahagian besar mahasiswa,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Asyraf, pihaknya juga menyarankan agar pihak KPT dapat membawa cadangan tersebut dalam mesyuarat Kabinet minggu ini untuk dipertimbangkan bagi mengurangkan bebanan pelajar dan pihak keluarga masing-masing.
Berikutan penularan Covid-19 yang meningkat, Jumaat lalu KPT mencadangkan kepada semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka bagi pelajar baru dan lama ke kampus masing-masing serta semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilakukan secara dalam talian, termasuk sesi pengajaran dan pembelajaran, sehingga ada pengumuman mengenainya dilakukan.
Dalam hal ini menteri terbabit, Datuk Dr Noraini Ahmad memaklumkan peningkatan kes berkenaan adalah di luar jangka namun berharap agar pihak IPT dapat bersikap wajar, bertimbang rasa dan munasabah dalam menguruskan segala hal yang berbangkit berhubung penangguhan itu. MG
Beri pelepasan cukai one-off untuk individu terjejas- Tok Mat
You must be logged in to post a comment.