Kakitangan NSTP baru balik dari Sabah positif Covid-19

Share

Media Prima Berhad memaklumkan seorang kakitangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) telah dijangkiti virus Covid-19 dan beliau kini menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Kakitangan terbabit baru pulang daripada menjalankan tugasan editorial di Sabah pada 30 September 2020 dan telah menjalani ujian mandatori Covid-19 yang dikendali oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

”Kakitangan berkenaan menjalani kuarantin sukarela di rumah sejak pulang dari Sabah, sebelum beliau didapati positif Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kumpulan media ini sedang bekerjasama rapat dengan pihak kementerian kesihatan dan telah mengambil langkah-langkah pencegahan bagi meminimumkan potensi jangkitan kepada kakitangan lain.

”Kakitangan terbabit sememangnya telah menjalani kuarantin sukarela di rumah dan tidak pernah berada di premis-premis Media Prima sejak pulang dari Sabah.

”Media Prima sentiasa mengutamakan keselamatan para kakitangannya dan kesemua kakitangan yang pulang daripada tugasan di Sabah telahpun menjalani ujian mandatori Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin sukarela 14 hari di rumah,” katanya. MG

Media Prima tamatkan khidmat 300 pekerjanya.

Leave a Reply