Search, Wings gegar Borneo Rock Festival 2023

Search, Wings gegar Borneo Rock Festival 2023

Lima kumpulan terkemuka tanah air bakal menggegarkan pentas hiburan Sabah pada Borneo Rock Festival 2023, bulan depan.

Mengangkat tema Budaya Popular dan Kontemporari, pengunjung akan disajikan persembahan mantap kumpulan Search, Wings, Hujan, Butterfingers dan A.C.A.B.



Dianjurkan Imika Culture, festival berkenaan akan berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 30 Disember depan.

Penganjurnya, Datuk Abdul Rahim, berkata penganjuran Borneo Rock Festival 2023 bertujuan mengangkat budaya unik Sabah yang sebelum ini kurang diberi perhatian secara umum.

“Perkara ini tepat dengan tema Budaya Popular dan Kontemporari yang merangkumkan antara seni dan budaya lalu pada Borneo Rock Festival 2023.

“Selain itu, kita mahu festival rock ini bukan hanya meletakkan hiburan semata-mata, sebaliknya, memberi ilmu berkaitan seni dan budaya masyarakat setempat.



“Saya turut berharap festival ini dapat menjadi medium buat generasi masa kini menikmati hiburan berkelas.

“Sehubungan itu, Borneo Rock Festival 2023 bakal menampilkan 30 band terkenal yang akan menjadikan objektif penganjuran festival ini mencapai matlamat.

“Kumpulan Search, Wings, A.C.A.B, Hujan dan Butterfingers menjadi tarikan utama pada festival itu nanti.

“Pemilihan lima kumpulan ikonik ini sejajar dengan konsep Borneo Rock Festival 2023 bagi mewakili generasi muzik iaitu penggemar masing-masing,” katanya dalam kenyataan.



Vokalis Search, Datuk Suhaimi Abdul Rahman atau Amy menyifatkan penganjuran Borneo Rock Festival 2023 sebagai inisiatif yang cukup baik dalam menyatukan seni serta budaya untuk dihayati pengunjung.

“Search sangat tertarik dengan konsep festival rock yang dinyatakan penganjur. Ia bukan hanya mengangkat muzik rock sebagai jualan utama, sebaliknya, memberi peluang kepada band lokal, komuniti seni dan budaya lain membuat persembahan.

“Kita rasa terhormat dipilih sebagai satu daripada artis utama menghiburkan peminat. terutama buat penggemar rock di Borneo,” katanya.



Mensasarkan 20,000 pengunjung, Borneo Rock Festival 2023 turut menampilkan persembahan band tempatan seperti Amef, Mahkluk, Silversun, Suka Suki, Markaz79, Beyond My Rage, Dita Darcia, Gutaeters, Measmata dan Melodychain.

Selain persembahan pentas, pengunjung boleh menikmati pelbagai keseronokan lain, termasuk pameran permotoran, wayang pacak, pertandingan memasak dan pameran kraf tempatan. BH

Search, Wings gegar Borneo Rock Festival 2023

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap



Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker