Tukang masak maut tersepit dalam mesin pengisar

AMPANG – Seorang tukang masak maut akibat tersepit dalam mesin pengisar di sebuah rumah di Taman Keramat di sini hari ini.

Wanita warga Indonesia berusia 40-an itu meninggal dunia kerana kecederaan parah di badan.

Ketua Zon 4 Hulu Langat, Penguasa Kanan Bomba I, Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, seramai 19 anggota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 9.01 pagi.

“Sebaik tiba, kita mendapati mangsa tersepit pada mata mesin pengisar itu.



“Kita telah bertindak dengan membuka dan memisahkan mata mesin pengisar yang menembusi badan mangsa menggunakan pemotong hidraulik serta spanar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Shahrin Yusmar berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Ampang dan kes diserah kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. Sinar

Siasat penyebaran video ‘ayah masak ketum’: NUTP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker