Resepi Sweet Corn paling sedap dan mudah, tak perlu beli lagi di luar

Seringkali kita akan membeli sweet corn apabila ke shopping mall atau ke panggung wayang. Anda tidak perlu lagi berbuat demikian kerana boleh mencuba membuatnya sendiri di rumah

Resepi Sweet Corn Easy. Tak Perlu Beli Di Luar Dah!
10 kali ganda lebih sedap, lebih murah dan lebih banyak.

Mahalnya jagung per cup di luar? Jom guna resepi ini untuk hasilkan corn-in-cup sendiri kat rumah dengan murah dan senang sekali!

Masin masin manis, sedap! Makan panas-panas emmm onzzz.

Dapat banyak pula tu, hanya menggunakan 5 bahan. Siap dah.

Bahan yang diperlukan:

Jagung

Garam secukup rasa

1 tin susu cair

1 sudu besar planta

Keju (ikut cita rasa)

Cara penyediaan:

1. Rebus jagung terlebih dahulu.

2. Selepas direbus buangkan air rebusan tersebut.

3. Letak garam secukup rasa.

4. Masukkan susu cair bersesuaian dengan kuantiti jagung.

5. Masukkan planta atau butter ikut keperluan.

6. Masukkan cheese sebagai penyedap rasa.

Kacau perlahan-lahan.Ha dah siap dah sweet corn paling sedap , murah dan banyak pulak tu. Tak perlu lagi keluar membelinya.

https://mykmu.net/2020/09/30/8-tempat-makan-yang-sedap-dan-murah-di-johor-bahru-pasti-tidak-rugi-untuk-anda-cuba/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker