Mahathir ‘Gila Talak’, masih mengaku UMNO partinya
Semalam Malaysia Gazzate telah menyiarkan satu wawancara eksklusif mereka bertajuk ‘Tun Akan Maafkan Najib?’ dengan menampilkan Tun Mahathir sendiri sebagai watak utama dalam wawacara tersebut.
Wawancara yang sepatutnya disiarkan lebih awal tetapi telah ditunda beberapa kali atas sebab yang tidak diketahui sehingalah disiarkan pada jam 11.10 malam.
Ada pelbagai persoalan yang telah dikemukan oleh MG kepada Mahathir tetapi seperti biasa Mahathir hanya menafikan penglibatan beliau dan menafikan segala perkara yang berkaitan dengan beliau.
Soalan yang dibangktikan adalah berkaitan dengan soal politik dan pentadbiran kerajaan dan parti dari zaman Tunku Abdul Rahman sehinggalah kepada Muhyiddin sebagai PM.
Pendek kata semuanya adalah berkisar dengan kesalahan pendahulu dan pengganti beliau dalam membuat keputusan politik dan pentadbiran negara. Semuanya bersalah dan hanya beliau sahajalah yang betul dan yang paling betul.
Apa pelbagai persoalan MG yang boleh dibincangkan secara mendalam tentang jawapan – jawapan Mahathir yang sebenarnya menampakkan kelemahan beliau menafikan fakta – fakta yang sememangnya diketahui oleh umum terutama berkaitan dengan kronisme dan nepotisme yang berlaku di zaman beliau.
Apa yang menarik pada akhir wawancara berkenaan Mahathir telah ditanya adakah beliau sudi memaafkan Najib sepertimana beliau memaafkan Anwar yang mempunyai krisis yang lebih lama dengan beliau.
Mahathir memaklumkan bahawa beliau tidak akan dapat memaafkan Najib sampai bila – bila.
Namun jawapan Mahathir ini tidaklah begitu mengejutkkan kerana kita perlu faham ego Mahathir yang amat sakit hati dengan Najib.
Alasan Mahathir kerana Najib memusnahkan UMNO dan membuat orang benci ada UMNO yang juga partinya.
Mahathir masih mengaku UMNO adalah partinya walaupun hakikatnya parti beliau kini adalah Pejuang, sebelum ini Bersatu dan bukannya lagi UMNO. Mahathir telah lama buang UMNO dari dirinya.
Sebenarnya ada pelbagai isu peribadi antara mereka berdua yang tidak selesai yang menimbulkan dendam yang mendalam terutamanya beberapa perkara yang melibatkan permintaan peribadi Mahathir secara khusus yang Najib tidak mahu tunaikan.
Ketika sebelum PRU14 orang Melayu secara umum membenci UMNO kerana sentimen dan hasutan politik yang dilakukan oleh beliau sendiri. Tetapi kini majoriti orang Melayu dan rakyat Malaysia sedar mereka telah terpedaya dan di tipu oleh mainan persepsi PH.
Kini orang Melayu dan rakyat ammnya membenci Mahathir kerana tindak tanduknya dari dahulu sehinggalah menjadi barua dan alat kepada DAP.
Sebab itu kini Mahathir hilang sokongan orang Melayu dan rakyat dan bukannya UMNO seperti dakwaan Mahathir.
Jadi tidak perlulah gila talak membabitkan orang Melayu diatas kebencian yang kamu tanam dalam hati kamu sendiri.
Bersambung…
Yeop Karai
Usah pedulikan ‘geng gila kuasa’, tumpukan pada ekonomi – Najib