Polis Thailand rampas 80kg ganja mampat untuk diseludup ke Malaysia

Polis Thailand menahan 2 beradik lelaki dan merampas 80 kilogram ganja mampat, dipercayai untuk dihantar ke Malaysia, di Tak Bai, sebuah bandar di sempadan Thailand-Malaysia pada Selasa.

Bertindak berdasarkan maklumat, polis menyerbu sebuah rumah 2 tingkat yang sedang dalam pembinaan di Khosit, Tak Bai pada 6.20 petang (waktu tempatan).

Timbalan Pesuruhjaya Polis Wilayah 9, Mej Pol Jen Dussadee Choosangkit berkata suspek, berumur 27 dan 34 tahun, berada di dalam rumah ketika serbuan dilakukan.

“Polis menggeledah rumah terbabit dan mendapati 80 ketulan ganja mampat disembunyikan di dalam 3 karung baja,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Dussadee berkata suspek memberitahu polis bahawa seorang lelaki Malaysia memandu lori pikap telah menghantar dadah itu ke rumah mereka pada 26 Sept kira-kira 8 malam (waktu tempatan).

“Mereka dibayar 3,000 baht (RM400) sehari untuk menyimpan dadah di dalam rumah dalam pembinaan itu sementara menunggu bot untuk menghantar dadah itu ke Malaysia,” katanya.

Anggota tentera antara 5 ditahan dengan 30kg ganja bernilai RM75,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker