Usah pedulikan ‘geng gila kuasa’, tumpukan pada ekonomi – Najib

Kadar pengangguran negara yang merekodkan paras tertinggi sejak 10 tahun lalu, penularan wabak Covid-19 dan kejatuhan harga minyak dan sawit merupakan cabaran amat besar bagi Malaysia sejak zaman penjajahan Jepun.

Oleh itu, kerajaan tidak boleh memandang remeh situasi ini seperti mana Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pandang rendah ancaman Covid-19.

Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah-langkah dan dasar-dasar untuk melindungi rakyat paling terjejas perlu dilaksanakan dengan menggalakkan pembelian serta pengeluaran barangan tempatan dan mewujudkan atau mempercepatkan.

Ini termasuk melaksanakan projek-projek infrastruktur yang memberi pulangan jangka masa panjang bagi menjana peluang pekerjaan baru untuk mengganti pekerjaan yang hilang perlu diberi keutamaan dan dilaksanakan pada kadar paling segera.

”Kita tak boleh tunggu lagi kerana lebih lama kita tunggu, jauh lebih payah kita nak hidupkan semula ekonomi. Kitaran ekonomi tidak boleh berhenti.

”Ianya sangat mudah bagi syarikat-syarikat sedia ada melingkup tapi amat susah untuk menggalakkan pelaburan dan syarikat baru diwujudkan pada masa kini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Katanya, kira-kira 120,000 orang kehilangan pekerjaan sejak bulan Februari lalu.

Ia diburukkan pula dengan kejatuhan harga minyak mentah di bawah AS$30 setong, manakala harga minyak pula di bawah RM2,000 satu tan.

Malah, katanya, kerajaan perlu abaikan serangan politik daripada ‘geng gila kuasa’ PH kerana rakyat Malaysia akan bantu menangkisnya.

”Fokus pada ekonomi dan teruskan usaha mengawal Covid-19,” seru Najib. – MalaysiaGazette

https://mykmu.net/2017/10/13/penyakit-gila-kuasa-dalam-pakatan-harapan/

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker