Cheesy Char Kway Teow Ini Dikecam Netizen, Memang Semua Makanan Nak Letak Cheese ke?

Char kuey tewo memang cukup sinonim dengan masyarakat di negara ini. Tidak kira di mana saja masakan popular ini menarik perhatian ramai pembeli dan pastinya menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Sekarang ni macam-macam hidangan makanan peniaga cuba buat untuk jadi lebih kreatif dan viral. Kadang-kadang tu tak masuk akal pun ada. Kalau sebelum ini dah ada Nasi lemak cheese, tapi pernah tak terfikir wujudnya Char Kuey Teow bersama keju?

Kalau bab makan, orang Malaysia memang champion. Selain nasi lemak, roti canai, sate dan laksa, char kway teow juga antara menu kegemaran ramai.

Namun, baru-baru ini tular di laman sosial apabila menu char kway teow itu telah ‘dihipsterkan’ dengan meletakkan sos keju.

Macam manalah agaknya rasa ni?

Selepas beberapa menu lain telah diinovasikan dengan taburan keju seperti mee segera keju, nasi goreng keju dan keropok lekor keju, kini tiba giliran char kway teow untuk dilimpahi sos keju.

Hidangan yang diberi nama cheesy char kuey teow ini terletak di Spark Cheese, Cyberjaya. Menerusi satu tweet pengguna @ShibliVision, perkongsiannya tentang menu itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Didakwa char kway teow keju yang pertama Malaysia, dia menyatakan gabungan kedua-duanya sebagai pelik tapi sedap.

Apa pandangan ada? Setiap orang mempunyai selera yang berbeza.

Mungkin enak di tekak anda, kurang enak di tekak orang lain.

Tak salah kalau anda nak rasa dan nilaikannya sendiri.

Jika anda mahu cuba, gerai ini dibuka dari 6.30 petang hingga 1.30 pagi.

Pelik Atau Menarik? Ini 13 Ciptaan Unik Berasaskan Nasi Lemak

Teringin makan ‘roti canai ular’? Ayuh ke Kota Bharu…

https://mykmu.net/2018/01/24/cerita-jurutera-lulusan-luar-negara-berniaga-nasi-lemak-pandu-uber/

Related Articles

2 Comments

  1. Nampak ekstrim, tapi interesting. Salam dari Indonesia. Di Indonesia, namanya “kwetiauw”. Nanti kalau saya beli kwetiauw, biar saya tambahkan saus cheese di atasnya. Maybe it’d taste the same.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker