Selalu ingatkan tentang SOP, kali ini Pak Long Mail juga pakai gelang kuarantin

Jika sebelum ini beliau kerap kali mengingatkan kita agar mematuhi arahan kuarantin kepada sesiapa yang baru pulang dari tempat yang berisiko, namun kali ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memaklumkan bahawa beliau juga sedang menjalani tempoh kuarantin.

Hal tersebut kerana beliau telah pulang dari Sabah susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) bersama dengan ahli-ahli politik lain serta penyokong masing-masing dan rakan media.

Kaurantin di rumah

Menerusi media sosial Ismail Sabri, beliau telah memuat naik gambar dengan menunjukkan pergelangan tangannya yang memakai gelang pink.

 

Jawab persoalan ramai

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menjelaskan berkenaan kekeliruan mengenai kuarantin diri yang perlu dilakukan jika pulang dari Sabah.

Ambil peluang ini untuk berehat

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet yang membaca muat naik yang dibuat oleh Menteri Keselamatan itu telah mendoakan agar Ismail Sabri diberi kesihatan yang baik dan mengikut arahan kuarantin dengan ditetapkan.

Mereka juga turut menasihati salah satu hero negara itu supaya berehat sebentar kerana terlihat wajah letih dan kurang tidur disebabkan kepadatan jadual harian sejak PRN berjalan.

Datuk nampak letih

 

Semoga Datuk terhindar dari wabak Covid-19

 

Sumber: OhMYMEDIA,  Ismail Sabri Yaakob

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker