Hajiji tukar portfolio Bung selepas “pertengkaran” kecil
Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, mengumumkan pertukaran portfolio bagi ketua Barisan Nasional, Bung Moktar Radin, daripada kerajaan tempatan ke kerja raya.
Hajiji menukar portfolio pemimpin Umno itu dengan portfolio timbalannya dalam PPBM, Masidi Manjun.
Sementara itu, Hajiji juga mengumumkan Masidi akan menjadi timbalannya di portfolio kewangan, atas sebab pengalamannya dalam bidang kewangan dan ekonomi.
Menurut perjanjian awal, PN bersetuju untuk melantik Bung sebagai Timbalan Ketua Menteri dengan memegang portfolia Kerja Raya, manakala 3 orang ADUN UMNO akan dilantik sebagai menteri dengan seorang memegang portfolio kanan sebagai syarat untuk UMNO menyokong calon Bersatu sebagai jawatan ketua menteri.
“Namun setelah mengangkat sumpah, Hajiji enggan mematuhi perjanjian tersebut dengan melantik Bung memegang portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Disebabkan itu Bung mengamuk dan berteriak di hadapan Hajiji agar menghormati perjanjian awal yang telah dipersetujui sebelum
ini.
Bung juga dikatakan telah memanggil satu sidang akhbar khas bagi memaklumkan untuk menarik kembali sokongan terhadap Bersatu sekiranya Hajiji bertegas dengan keputusannya.
Kita harap PPBM jangan lagi nak mainkan Umno. Cukuplah, jangan diuji lagi kesabaran Umno.
Senarai menteri kabinet baru Sabah
You must be logged in to post a comment.