MB Selangor, isteri jalani kuarantin di rumah

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan isteri mengambil langkah meneruskan kuarantin di rumah walaupun disahkan bebas koronavirus (Covid-19).

Amirudin menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini berkata, langkah itu diambil bagi mengelak risiko jangkitan selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, sepanjang tempoh kuarantin itu pihaknya meneruskan tugas menerusi mesyuarat secara dalam talian.

“Alhamdulillah saya dan isteri bebas Covid-19, namun untuk elak risiko dan mematuhi SOP, saya akan meneruskan kuarantin dan mengadakan mesyuarat secara dalam talian.

Kumpulan mahu guling Amirudin dakwa sudah ada cukup sokongan

“Program melibatkan orang ramai (public) juga saya telah wakilkan kepada YB (Yang Berhormat) Exco yang lain,” katanya memetik kenyataan di Facebooknya hari ini.

Amirudin berkata, pihaknya akan menjalani saringan sekali lagi bagi memastikan dirinya benar-benar bebas Covid-19.

Katanya, beliau turut melahirkan ucapan terima kasih atas doa dan sokongan daripada semua.

“Semoga kita dipelihara dan dilindungi daripada wabak ini, Insya-ALLAH,” tulisnya.

Semalam, Amirudin berkongsi status menjalani swab test seterusnya memakai gelang merah jambu sebaik pulang membantu partinya berkempen di Sabah.

Skandal Terowong : Bagaimana Dap menipu rakyat (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker