Senarai menteri kabinet baru Sabah

Share

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin antara tiga Timbalan Ketua Menteri dalam Kabinet baharu kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Bung Moktar mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah I di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri sekitar jam 10.40 pagi pada Selasa.

Beliau juga akan memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Terdahulu, Hajiji, 65, yang juga Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah pada jam 10.35 pagi.

Upacara angkat sumpah turut dihadiri isteri Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Turut hadir pada majlis istiadat angkat sumpah tersebut ialah pegawai tinggi kerajaan negeri.

Dua lagi Timbalan Ketua Menteri yang dilantik ialah Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Joachim Gunsalam.

Dr Jeffrey dan Dr Joachim juga masing-masing akan memegang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Makanan serta portfolio Menteri Perdagangan Perindustrian.

Turut mengangkat sumpah sebagai ahli jemaah menteri Sabah ialah Timbalan Pengerusi Parti Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Masidi Manjun sebagai Menteri Kerja Raya Sabah dan Setiausaha Agung PBS Datuk Jahid Jahim selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Berikut ialah senarai portfolio Kabinet baharu Kerajaan Negeri Sabah:

Ketua Menteri
Datuk Seri Hajiji Mohd Noor

Timbalan Ketua Menteri I dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Datuk Seri Bung Moktar Radin

Timbalan Ketua Menteri II dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Datuk Dr Jeffrey Kitingan

Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Perdagangan Perindustrian
Datuk Dr Joachim Gunsalam

Menteri Kerja Raya Sabah
Datuk Seri Masidi Manjun

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah
Datuk Jahid Jahim

Saya dah kata, setiap langkah Mahathir untuk jadikan Mukhriz PM, kata Najib

Leave a Reply