Hajiji nafi ada perselisihan dengan Bung, Masidi tak puas hati

Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor menafikan kepimpinan baru yang diterajuinya berhadapan dengan masalah pimpinan Barisan Nasional (BN) berhubung barisan Kabinet negeri.

Beliau berkata, BN negeri itu menerima baik pembahagian jawatan Kabinet Sabah.

“Mana ada spekulasi tidak puas hati. UMNO ada sini (dalam sidang media),” katanya pada sidang media pertama sebagai Ketua Menteri Sabah di Pejabat Ketua Menteri hari ini.

Terdahulu, beliau memberitahu terdapat perubahan dalam dua portfolio kanan Kabinet Sabah yang membabitkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah.

Menurut beliau, portfolio Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah akan digalas oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah I.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II akan dipertanggungjawabkan kepada Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Timbalan Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, ujar beliau.

Pertukaran portfolio berkenaan berlaku selepas lebih tiga jam istiadat angkat sumpah selesai.

Hajiji bagaimananpun tidak menjawab ketika ditanya adakah Tan Sri Musa Aman akan dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri (TYT). MG

Dalam pada itu Masidi Manjun dalam ciapannya menyatakan rasa tidak puas hatinya apabila portfolionya ditukar dengan Bung.

Kata beliau lagi, jangan tanya kepadanya kenapa berlaku dan akan memceritakannya apabila bersara nanti.

Hajiji tukar portfolio Bung selepas “pertengkaran” kecil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker