Cuepacs tolak cadangan bonus berdasarkan merit

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menolak cadangan pemberian bonus kepada penjawat awam dilaksanakan mengikut merit dan sektor perkhidmatan.

Presidennya Adnan Mat berkata, cadangan dibuat Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) tidak wajar dilaksanakan mengambil kira peranan penjawat awam yang bertugas secara berpasukan dan saling melengkapi antara 1 sama lain.

Katanya, tiada sektor lebih penting berbanding sektor lain kerana semuanya menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi negara dan kaedah itu hanya akan memberi gambaran sektor tertentu tidak begitu penting berbanding pihak mendapat bonus tinggi.

“Perkara ini akan menjadi perdebatan dan berkemungkinan menjadikan penjawat awam di sektor tertentu menjadi tidak bermotivasi kerana beranggapan mereka tidak penting.



“Begitu juga sekiranya pemberian bonus diberikan berdasarkan merit, setiap penjawat awam telah memainkan peranan masing-masing dan wajar diberikan kredit atas keterlibatan mereka sepajang perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Mengulas lanjut, Adnan berkata, penetapan merit adalah terlalu subjektif dan sekiranya penetapan itu diambil kira, penjawat awam yang baik sebenarnya disokong rakan sekerja dan majikan.

“Jika penjawat awam itu dinilai kurang baik, sudah tentu ketua jabatan juga boleh dipersoalkan kerana sektor perkhidmatan awam bergerak dalam 1 pasukan yang besar dan bukannya ‘one man show’,” katanya.

Beliau berkata, seluruh penjawat awam kini dikerahkan menjadi pemudah cara kepada kerajaan untuk menjayakan agenda dan program pemulihan semula ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.



“Semua sektor seperti keselamatan, kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan bersama bekerja keras dan berganding bahu untuk memastikan negara berada di landasan terbaik keluar daripada kemelut ketidaktentuan ekonomi ketika ini.

“Justeru, Cuepacs berpandangan pemberian bonus perlu diberikan secara sama kepada setiap penjawat awam tanpa mengambil kira penetapan merit atau sektor tertentu.

“Tiada yang kurang atau tiada yang lebih kerana sektor perkhidmatan awam bergerak sebagai 1 pasukan yang saling melengkapi,” katanya.

Cuepacs bagaimanapun bersetuju dengan MAAC bahawa penjawat awam berkhidmat dengan cemerlang ketika negara berdepan pelbagai cabaran dan pemberian bonus mampu menjadi pemangkin untuk menjalankan tugas bagi kesejahteraan rakyat. FMT



Peletakan Jawatan Tommy, Latheefa Bukti Jelas PH Lantik ‘Puppet’ Bukan Berdasarkan Merit – Peguam Muda

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker