Ahli Parlimen Batu Sapi dalam keadaan koma?
Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong dilaporkan berada dalam keadaan koma.
Beliau dilaporkan dimasukkan ke Hospital Gleneagles Kota Kinabalu selepas mendapat jangkitan radang paru-paru.
Belum dapat disahkan keadaan sebenar beliau kerana tiada berita rasmi dikeluarkan setakat ini.
Namun terdapat ciapan-ciapan di laman twitter mengenai keadaan beliau.
Ada juga mengatakan mungkin ia adalah kerana jangkitan Covid-19.
Liew adalah merupakan bekas Timbalan Menteri di dalam era pemerintahan Pakatan Harapan.
Beliau sebelum ini bertanding di Parlimen Sandakan atas tiket LDP yang ketika itu bersama Barisan Nasional.
Bagaimanapun beliau sekarang adalah ahli parlimen bagi Batu Sapi di bawah parti Warisan.