Bernikah Dengan Sabrina Ali, Ini Jawapan Saiful Apek

Share

Pelawak Saiful Apek hanya memberikan jawapan ringkas apabila ditanya mengenai fotonya dan pelakon Sabrina Ali yang dimuat di laman sosial Instagram petang tadi (Selasa).

Mengulas lanjut mengenai foto tersebut, Saiful ketika dihubungi Gempak memberitahu akan mengumumkan mengenainya tidak lama lagi.

“Saya minta maaf, saya tak boleh bagitahu sekarang atas sebab-sebab tertentu. Tapi saya akan beritahu nanti.

“Tiba masanya nanti, Insya-Allah,” jawabnya ringkas.

Saiful dan Sabrina pada petang Selasa memuat naik foto berbaju Melayu dan berkebaya putih di laman sosial IG masing-masing.

Foto tersebut kemudiannya mencetuskan tanda tanyadi kalangan peminat Saiful dan Sabrina apabila menulis kapsyen seolah-olah telah selamat mendirikan rumah tangga.

Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff pernah mendirikan rumah tangga dengan Roslina Abu Hassan pada Jun 1994.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohd Riyadh Aslam, 24, dan Mohd Radzin Aiman, 22.

Sumber: Gempak

Baca: Muat Naik Foto Seakan Selamat Bernikah, Saiful Apek & Sabrina Ali Khan Cetus Tanda Tanya

Leave a Reply