Strategi Zahid tepat ke sasaran

Semalam laut politik negara bergelora apabila Anwar Ibrahim mengumumkan mendapat majoriti dari Ahli Parlimen untuk menjadi perdana menteri. Tidak terkecuali dikhabarkan beberapa Ahli Parlimen UMNO turut terlibat memberi sokongan.

Saya tidak ambil peduli sangat mengenai sidang media Anwar tetapi yang lebih menarik perhatian adalah kenyataan Presiden saya Ahmad Zahid Hamidi. Bagi saya ianya menarik dan strategik, nampak bijak jika diteliti secara halus dalam menukar haluan layar politik negara. Satu tindakan untuk mengingatkan kepada semua pihak terutamanya bagi kem PN iaitu “jangan main-main dengan UMNO”. Once bitten twice shy.

Salah satu rukun politik itu “no permanent friend and enemy”. Itu realitinya, dulu UMNO boleh terima PAS, kemudian PPBM dan tak nampak salah jika untukk terima Anwar-PKR demi ‘survival’ parti dan memberi pakej politik yang menarik dan kondusif. Kita jangan lupa dalam kem Anwar ada kekosongan tempat kerana tiada parti Melayu/Bumiputra yang mana UMNO boleh mengisinya utk PRU15.

Kenyataan YB Presiden menunjukkan UMNO adalah ‘kingmaker’ politik negara. Secara zahir parti UMNO tidak sokong Anwar tetapi tidak dengan Ahli Parlimen UMNO. Dua displin yang amat berbeza tetapi senjata politik untuk tujuan yang sama. “Kill or to be killed”. Cuma kita nak tahu siapa ayam-ayam sabung UMNO yang dilepaskan oleh Presiden.

Mungkin ramai ahli UMNO agak tersentap dengan kenyataan Presiden semalam tetapi InsyaAllah mungkin ada hikmahnya dan percayalah ada sebab musabab Presiden bertindak sedemikian. Saya pernah berkata sebelum ini politik itu “jangan lupa diri dan jangan lupakan diri”. Sekarang masanya jangan lupakan diri. Bertindak bijak dengan penuh seni politik. Wallauhalam.

Gulam Muszaffar
Ahli Akar UMBI UMNO
Bahagian Batu WP
23hb Sept 2020


STRATEGI BIJAK

Biarpun ada yang melihat Zahid Hamidi gagal mengawal Ahli Parlimen UMNO dan menuduhnya lemah, tetapi jika diteliti dengan lebih mendalam kenyataannya dilihat membela dan mengembalikan maruah UMNO dan BN.

Hakikatnya yang ramai tidak tahu UMNO dan BN terus ditekan BERSATU yang memegang kuasa dalam Kerajaan PN. Apa yang berlaku di Sabah boleh dijadikan ukuran. PPBM mahu berkuasa, mereka tiada satupun kerusi menang di Sabah tapi mahu letakkan dirinya lebih dari UMNO dan BN.

Bagaimana boleh ada calon bebas mesra Perikatan Nasional ?

Jika ini keadaanya, mungkin itu juga akan berlaku di Semenanjung. Lantas itu, kenyataan Zahid Hamidi adalah amaran kepada PPBM dan juga PAS, UMNO boleh lakukan apa saja demi maruahnnya.

Mustahil Zahid Hamidi tidak boleh mengawal Ahli Parlimen UMNO dan BN. Namun cuba kita fikir. Mungkinkah itu juga strategi untuk menyedarkan Muhyiddin, Hadi bahawa jangan permain dan cuba perkecilkan UMNO dan BN, dan mendesak agar menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memilih semula kerajaan.

Ingat. Zahid Hamidi bukan calang calang pemimpin. Beliau sudah matang dan biasa menghadapi cabaran.

PEMERHATI POLITIK

#PAU2019 : Jangan Sambil Lewa… Pastikan UMNO Kuat, Susun Strategi Menang PRU-15 – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker