Strategi terdesak Anwar untuk menang PRN Sabah

Share

PASIR MAS – Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baharu disifatkan sebagai ‘modal’ cacar merba untuk menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, langkah sumbang dan tergesa-gesa itu hanyalah satu percubaan saat akhir bagi mengaburi mata rakyat Sabah yang akan mengundi pada PRN, Sabtu ini.

“Secara logiknya, jika beliau benar-benar mempunyai majoriti, langkah yang tepat ialah mengadap Yang Dipertuan Agung terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Ahmad Fadhli yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat berkata, namun sebaliknya berlaku apabila Anwar mengumumkan perkara itu di media terlebih dahulu.

Katanya, tindakan itu seolah-olah menunjukkan Anwar sendiri tidak yakin dengan sokongan yang diperoleh.

Sinar Harian semalam melaporkan, Anwar mendakwa bahawa beliau kini mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baharu.

Malah Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menegaskan bahawa majoriti yang diperoleh adalah konklusif dan bukannya majoriti tipis.

Strategi Zahid tepat ke sasaran

UMNO, BN tidak dapat halang Ahli Parlimen mahu sokong Anwar

Sementara itu, Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Shariff pula berkata, dakwaan Anwar hanyalah mahu mengelirukan pengundi di Sabah kerana mahukan Parti Warisan Sabah (Warisan) menang.

“Saya nampak ini lebih kepada untuk meraih sokongan PRN Sabah kerana beliau sedar yang Warisan perlu menang untuk tubuh kerajaan.

“Ini menunjukkan yang Anwar tidak yakin dan strategi digunakan ialah menimbulkan semula isu dirinya yang mendapat sokongan majoriti daripada ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, dakwaan Anwar itu lebih kepada strateginya yang mahu mengelirukan rakyat Sabah yang hanya menunggu empat hari lagi untuk mengundi.

Katanya, pembentukan kerajaan hanya boleh berlaku di Dewan Rakyat dan bukannya menerusi kenyataan kepada media sebegitu.

“Saya dengar katanya beliau (Anwar) dapat sokongan majoriti daripada 130 ahli Parlimen, tapi yang saya tahu tiada pula pemimpin dari Perikatan Nasional (PN) dan UMNO yang lompat parti.

“Anwar sedar yang beliau sudah hilang dari radar politik tanah air apabila namanya tidak lagi disebut sebagai Perdana Menteri sejak kerajaan bertukar, jadi beliau rasa PRN Sabah adalah waktu untuk naikkan semula namanya,” katanya.

Hanya Perdana Menteri layak menghadap Agong

Leave a Reply