Semua 18 ahli Parlimen PAS tidak bersama Anwar, kata Tuan Ibrahim
PAS mengesahkan tiada seorang pun wakil rakyatnya menyokong Anwar Ibrahim, tidak lama selepas presiden PKR itu mengumumkan beliau mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” bagi membentuk kerajaan.
“Satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan,” katanya lagi.
Baca: Tok Mat : Itu semua gimik Anwar saja nak alih perhatian pengundi Sabah
Baca: Kerajaan PN jatuh, Anwar dakwa ada majoriti [Video]
Baca: GPS kekal bersama PN, Anwar cuba pengaruhi pengundi Sabah
Sebelum kerajaan Pakatan Harapan jatuh, Pas juga pernah menyatakan bahawa mereka akan bersama Mahathir dan menyokongnya sebagai Perdana Menteri tetapi mereka tidak akan menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Abdul Hadi Awang menolak konsensus Pakatan Harapan yang mencadangkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri seterusnya menggantikan Dr Mahathir Mohamad.
Sebaliknya, katanya, Dr Mahathir harus terus kekal sehingga habis penggal menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
“(Sedangkan) Anwar, parti dia sendiri pun (PKR) tak terima dia, ini macam mana?
Berita lanjut menyusul
You must be logged in to post a comment.