Anwar Ada Majoriti: Tolak tindakan buta tuli, kata Muhyiddin

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat menolak ahli politik yang sengaja mahu menjejaskan kestabilan politik dan pelan pemulihan ekonomi negara.

Ia dibuat beberapa jam selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu yang kukuh.

“Saya merayu saudara dan saudari sekalian supaya menolak tindakan membuta tuli segelintir ahli politik yang sengaja mahu menjejaskan kestabilan politik dan pelan pemulihan ekonomi negara yang sedang dilaksanakan dengan baik pada masa ini,” katanya sebelum mengakhiri ucapan perutusan khas Kita Prihatin hari ini.



Bagaimanapun, beliau tidak merujuk secara khusus kepada Anwar.

Muhyiddin turut mengajak rakyat supaya bersama beliau dan kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menerajui negara.

“Saya ingin mengajak saudara dan saudari sekalian supaya bersama dengan saya dan rakan dalam kerajaan Perikatan Nasional untuk mengemudi negara dalam keadaan kita masih berhadapan dengan krisis ekonomi dan kesihatan pada masa ini.

“Pengumuman yang saya buat pada hari ini menandakan kerajaan Perikatan Nasional mendengar rintihan saudara dan saudari sekalian. Kita cuba sedaya upaya untuk membantu rakyat menghadapi detik yang sukar ini,” katanya.



Beliau berkata, negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan teguh dengan sokongan dan dokongan rakyat.

“Ini penting supaya lebih banyak inisiatif untuk memulihkan ekonomi dan membantu rakyat jelata dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh kerajaan.

“Kita boleh melakar masa depan yang lebih baik dari semalam. Saya yakin dan percaya kepada kekuatan semangat kita sebagai rakyat Malaysia. Marilah kita bersama mendoakan kemakmuran negara kita dan kesejahteraan seluruh rakyat. Mudah- mudahan pakej Kita Prihatin ini akan dapat memberikan manfaat yang besar kepada saudara dan saudari sekalian,” katanya.

Bukan kali pertama Anwar dakwa dia ada majoriti – Mahathir



TERKINI: Kerajaan PN jatuh, Anwar dakwa ada majoriti [Video]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker