Wanita ditemui pengsan kes indeks Kluster Pulau
Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di Sabah iaitu Kluster Pulau di Kunak.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks kluster (iaitu kes ke-9,940) adalah seorang wanita warganegara berusia 68 tahun.
Beliau berkata, warga emas itu ditemui tidak sedarkan diri di rumah dan dibawa ke Hospital Kunak dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Tawau bagi rawatan serangan jantung, strok dan penyakit hati sebelum saringan Covid-19 didapati positif pada 13 September lalu.
Menurutnya, beliau kini dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
“Hasil saringan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection), lapan lagi kes positif Covd-19 dikesan iaitu ahli keluarga kes indeks.
Beliau berkata, langkah pencegahan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan dijalankan di lokasi dikenal pasti.
Menurutnya, punca jangkitan masih di dalam siasatan dan aktiviti mengawal penularan jangkitan bagi kluster itu giat dijalankan di lapangan.-HM
You must be logged in to post a comment.