Covid-19 : 31 kes baru hari ini
Sebanyak 25 kes baharu Covid-19 dicatatkan di Sabah daripada keseluruhan 31 kes hari ini.
Daripada jumlah keseluruhan kes, 28 adalah jangkitan tempatan dan 3 import.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, daripada 25 kes di Sabah 17 membabitkan kluster Benteng LD.
“Kluster Bunga di Negeri Sembilan pula ada 4 kes melibatkan kru kapal. Di Kedah pula hanya ada 1 kes,” katanya.
Status terkini COVID-19 setakat 14 September 2020
Jumlah discaj baru: 7
Jumlah kumulatif discaj: 9203 (92.53%)
Jumlah kes baru; 31
Jumlah kumulatif: 9946
Jumlah kes aktif: 615
Kes tempatan: 28 (19 WN, 9 BWN)
Kes import: 3 (2 WN, 1 BWN)
Jumlah kematian: 0
Jumlah kumulatif kematian: 128 (1.29%)
Jumlah kes di ICU: 11
Pesakit intubated: 5
Berita lanjut menyusul