PRN Sabah: “YB tidak berfungsi akan disingkir” – Ini amaran Bung Moktar

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah tidak akan teragak-agak menghentikan khidmat Yang Berhormat (YB) jika mereka tidak melakukan tugasan dengan baik sebagai wakil rakyat.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, peringatan itu adalah untuk bakal wakil rakyat yang terpilih dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

“Saya memberi amaran berkenaan bukan sebagai ugutan tetapi supaya mereka bekerja bersungguh-sungguh demi pembangunan rakyat.

“Kita tidak mahu menjadi seperti seekor kerbau membawa lumpur semua akan terpalit. jadi mana tidak menunjukkan prestasi yang baik, lebih baik berhenti kerana parti perlu diteruskan, wakil rakyat boleh datang dan pergi,” tegas Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.

Bung Moktar berkata, menjadi kelaziman ramai wakil rakyat lalai selepas dipilih sebagai pemimpin, justeru tindakan drastik adalah jalan penyelesaian kepada mereka yang gagal menunaikan mandat.-Awani

Related Articles

One Comment

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker