Dulu saya dikatakan tidak siuman, tapi… Jamal bertuala lagi!

Ketika krisis air Selangor berlaku pada Disember 2016, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos pernah membuat kejutan apabila tampil dengan hanya bertuala, membawa gayung, sabun dan berus gigi di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Selepas beberapa tahun menyepi, nampaknya beliau muncul dengan ‘kejutan’ baharu, namun bezanya beliau cuma memuat naik video dengan gaya hampir sama menerusi Facebooknya.

Jamal berkongsi tiga video pendek berdurasi kurang dua minit dan dua daripadanya memaparkan dirinya dalam keadaan bertuala latar belakang sungai dipercayai di Tanjung Malim.

Jamal dalam salah satu video tersebut mempersoalkan tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu gangguan air yang melanda negeri itu sejak Khamis lalu.

“Dulu saya bertuala datang ke SUK (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor) ingin menumpang mandi di Pejabat Menteri Besar ketika itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor, saya dikatakan gila.

“Saya dikecam dengan hebatnya, (biarpun video saya) ditonton lebih 20 juta di seluruh negara dan dunia, kata saya seorang yang tidak siuman lagi.
“Tapi pada hakikatnya, apa yang saya lakukan ketika itu adalah ingin memberitahu kerajaan negeri permasalahan air ini amat besar kesannya kepada rakyat,” katanya yang dipetik menerusi rakaman video berkenaan.

[KGVID]https://mykmu.net/wp-content/uploads/2020/09/VID-20200907-WA0031.mp4[/KGVID]

Dalam pada itu, Jamal dalam rakaman sama berharap agar kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) dapat memberikan fokus dan keutamaan bagi menangani permasalahan air.

“Rumah saya tiada bekalan air, masuk hari ketiga (semalam) dan terpaksa datang ke sungai di Tanjung Malim.

“Jadi anda yang kecam dulu bagaimana? Jom datang ikut saya mandi di sungai… Air tak ada… Apa yang MB (Menteri Besar) buat ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, Jamal menerusi hantara terbaharu di Facebooknya pada Ahad mengajak orang ramai menyertainya untuk hadir ke SUK pada Khamis ini bagi menyuarakan bantahan.

“Jom ikut saya bertuala bagi menunjukkan bantahan kita kerana kegagalan kerajaan negeri menguruskan keperluan air untuk rakyat Selangor.

Sumber Facebook jamal.yunos
“Datuk Seri MB, kami mahu menumpang mandi di pejabat YAB (Yang Amat Berhormat) boleh, pada 10 September (Khamis) jam 10.30 pagi.

“Jangan lupa bawa berus gigi letak dicelah telinga dan gayung mandi serta sabunnya sekali,” tulisnya menerusi hantaran video di laman media sosial yang dimuat naiknya. Awani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker