Rakyat berang lori tangki air dihantar terus ke rumah MB Selangor dikala rakyat sengsara

Share

Ketika dihubungi, Air Selangor mengesahkan bahawa pihaknya telah menghantar lori tangki ke kediaman Amirudin.

“Ya. Air Selangor ada hantar air ke rumah menteri besar,” kata ketua pegawai komunikasi Air Selangor Elina Baseri

Ditanya adakah ia merupakan perkara biasa untuk Air Selangor menghantar air terus ke rumah menteri besar, Elina berkata: “Kita tak hanya hantar ke rumah MB, kita juga buat yang terbaik dan hantar ke semua pelanggan.”


“Jika kamu lihat kenyataan media, kami juga dapat bantuan dari negara lain kerana tangki tidak cukup bagi 1.2 juta akaun (pengguna),” jelasnya lagi.

Ditanya pula berhubung rasa tidak senang rakyat kerana dakwaan layanan berat sebelah oleh Air Selangor, Elina menolak untuk komen dan meminta bertanya kepada pejabat Amirudin.

Pegawai kepda Amirudin berkata, Masdiana telah memohon maaf berkenaan kenyataannya sebelum ini.


“Saya sedar terdapat kesilapan dengan gambar terdahulu yang membawa kepada intepretasi ramai.

“Malah, terdapat orang berkata tangki dihantar untuk penuhi kolam. Ini tidak benar,” kata Masdiana.

 

Dia juga menafikan bahawa terdapat sebarang hasrat untuk menunjuk tetapi katanya gambar itu hanya bertujuan untuk menzahirkan rasa terima kasih kepada pegawai Air Selangor atas usaha mereka.


“Saya meminta maaf atas tindakan yang menyinggung perasaan semua pihak,”katanya lagi.

Sementara itu, Anggota Parlimen Segambut Hannah Yeoh turut mengulas isu itu di Twitter dan dipercayai merujuk dakwaan segelintir menteri menerima layanan istimewa.

“Rumah-rumah Menteri di Bukit Damansara saya minta pertimbangkan permintaan penduduk lain di sana untuk tangki air.

“Biar tangki air jalan ikut giliran jalan-jalan di sana. Tunggu giliran anda,” kata Yeoh dengan merujuk kawasan yang juga merangkumi kediaman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Sungai Selangor fasa 1, fasa 2, fasa 3 dan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang ditutup sejak 3 Sep kerana didapati pencemaran dalam air.

Ini berlaku selepas pencemaran didapati ke Sungai Gong yang kemudian mengalir ke Sungai Sembah yang seterusnya ke Sungai Selangor.

Air akan dipulihkan dalam tiga fasa, iaitu dari 5 September hingga 7 September di bawah fasa 1, 7 September hingga 8 September di bawah fasa 2 dan 8 September hingga 9 September di bawah fasa 3.

Leave a Reply