Kanak-kanak Perempuan Leka hingga Hanyut Di Laut Bersama Pelampung Unicorn Seorang Diri [Video]

Seorang kanak-kanak perempuan di Greece dihanyutkan ke tengah laut ketika bermain pelampung unicorn sendirian selepas ibu bapanya terleka seketika kerana tidak memerhatikannya.

Mujur sebuah feri yang berada berdekatan selepas melihat ‘unicorn’ terapung dalam keadaan mencurigakan dan para krew telah bertindak pantas dengan menyelamatkan anak ini.

Menurut laporan media, kejadian berlaku pada 23 Ogos lalu apabila kanak-kanak perempuan ini yang berusia dalam lingkungan 3 hingga 4 tahun, mengikuti percutian ibu bapanya ke pantai di bandar Antirrio, selatan Greece.

Facebook

Anak kecil itu bermain sendirian di atas pelampung permainan air unicorn di tepi pantai ketika angin dan ombak yang kuat telah menghanyutkannya ke tengah laut yang berbahaya.

Ketika ibu bapanya tidak memberi perhatian, pelampung mainan unicorn itu telah hanyut semakin jauh dari pantai mengikut arus dan kelajuan angin yang deras sejauh kira-kira 805 meter dari tempat anak itu bermain.

Selepas menyedari anak perempuan mereka hilang, ibu bapa kanak-kanak ini telah melaporkan kehilangannya di balai polis berdekatan.

Facebook

Polis tempatan kemudian telah menghubungi Lembaga Pelabuhan dengan memaklumkan kapal-kapal berdekatan untuk membantu pencarian kanak-kanak yang hanyut di laut.

Mujur feri ‘Salaminomachos’ yang kebetulan melalui perairan Antirrio telah terlihat kelibat kanak-kanak ini yang sedang menggenggam erat pelampung unicorn yang hanyut.

Kapten feri, Grigoris Karnesis, dengan segera telah mendekati pelampung unicorn itu setelah melihat seorang anak kecil berada di atasnya, lalu mengarahkan para krew supaya bersedia untuk melakukan tugas menyelamat.

Facebook

Grigoris Karnesis berkata ketika dia menerima pemberitahuan misi mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak yang sedang hanyut di laut, dia tidak menyangka yang anak itu adalah anak kecil berusia dalam lingkungan 3 tahun.

Pada masa itu, keadaan arus lautan sangat deras dan untuk mengelakkan ombak yang boleh membuat pelampung unicorn terbalik, feri itu secara perlahan-lahan telah menghampirinya yang mana akhirnya krew feri telah dapat mencapai pelampung unicorn, seterusnya menyelamatkan anak kecil yang sedang ketakutan itu dari permukaan laut.

Facebook

Saat mendebarkan yang berakhir dengan kejayaan menemukan kanak-kanak perempuan ini dengan ibu bapanya yang bimbang dan cemas dengan kehilangan anak mereka.

Kapten Karnesis berkata dia dapat merasakan ketakutan anak kecil ini apabila dihanyutkan oleh arus laut yang deras, tetapi mujurlah nasibnya sangat baik apabila berjaya diselamatkan.

“Syukur, misi menyelamat ini berjalan dengan lancar dan anak kecil itu berada dalam keadaan yang selamat,” kata Kapten Karnesis.- Era Baru

 

[KGVID]https://mykmu.net/wp-content/uploads/2020/08/Kanak-Hanyut-di-Lautan-Greece.mp4[/KGVID]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker