Man didakwa temberang, konon sedekah, ini pula respon Shuib
Semasa berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar bulan Mac tahun, pelawak dan pelakon Man Raja Lawak ada buat sumbangan yang dihebahkan melalui laman media Instaram miliknya.
Man telah meminta individu yang susah ketika PKP, untuk tampil bercriat dengannya, dan Man akan sumbang kepada mereka yang layak.
Namun begitu, usaha yang dibuat oleh Man itu dipersoalkan oleh seorang individu bernama Adam Mazwan yang maan dia mendakwa Man hanya acah-acah membantu, nak jadi hero di mata rakyat.
Adam membuat dakwaan bahawa Man telah temberang rakyat Malaysia kononnya dia ada sumbang ribuan ringgit kepada mereka yang susah hanya demi nak nampak seperti hero di mata orang ramai. Ini pendedahan yang ditulis oleh individu ini.
“Itulah la kau Man Raja Lawak, masa dulu kau temberang rakyat Malaysia acah-acah jadi hero konon kau sedekah beribu-ribu duit kepada orang miskin, sedangkan kau tidak ada sumbang pun, yes aku tahu.
“Sekarang ni Allah dah bayar cash, kini kau semakin tidak popular. Kau kena ingat yang jangan buat temberang ketika hidup. Aku memang tahu, kalau ada geng-geng kau nak sokong kau, aku tetap tahu hal berlaku”.
Man Raja Lawak mengetahui hal berkenaan dan telah upload semula tulisan dari Adan itu di laman IGnya. Malah Man Raja Lawak nak bertemu dengan Adam di balai polis selain nak samannya.
“Jom jumpa saya di balai. Saya akan tunjuk semua bukti depan mata kau nanti. Selepas itu aku akan saman kau pula. Yelah aku menyumbang memang nak nampak jadi hero kat mata semua orang”.
Melihat penulisannya mendapat perhatian Man, Adam tampil mencabar Man untuk tunjuk bukti derma duit selain mencabar Man untuk teruskan menyamannya.
Ini balas Adam: “Saman lah saya, kita tengok siapa yang akan menang kes ni di mahkamah. Bawa bukti sekali tentang transaksi sedekah dulu, bank in saja kan”
Kata-kata dari Adam ini ternyata mengejutkan para follower Man. Kemudian tampil komen yang menyokong Man mengatakan pelawak ini sememangnya seorang yang pemurah hati dan bukanlah kaki temberang.
Shuib Sepahtu juga menulis komen memberi sokongan kepada Man, dan mempersoalkan tindakan individu bernama Adam itu, umpama taka da kerja lain nak buat.
Sumber: News-Tel