Bersatu ingatlah pesan orang tua – tua ‘orang tamak selalu rugi’
Betul ada kemungkinan UMNO tidak akan membentuk kerajaan jika kita buat keputusan bertanding semua kerusi termasuk menentang Pas dan Bersatu.
Namun kita tidak akan kalah langsung. Setakat 50 kerusi UMNO boleh menang secara bersendirian.
Namun tanpa UMNO, kerjasama Bersatu-PAS juga tidak akan menjadikan mereka kerajaan.
Sebaliknya PKR-DAP-Warisan mungkin boleh membentuk kerajaan dengan sokongan ahli-ahli Parlimen Sarawak.
Bersatu tanpa kedudukan dalam kerajaan akan mati lebih cepat dari Tun Mahathir.
Dalam jangkamasa panjang UMNO masih untung bila Bersatu mati.
Mungjkin Bersatu lupa ingatan orang tua-tua, “orang tamak selalu rugi”.
Ab Jalil Backer