Wan Fayhsal: Bendera ‘biru gelap PN’ akan diguna di PRN Sabah

Calon Ketua Armada Nasional Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata bendera Perikatan Nasional (PN) akan digunakan bagi Pilihan Raya Negeri (Sabah) akan berlangsung tidak lama lagi.

Kata timbalan menteri belia dan sukan itu, bendera tersebut akan berwarna biru gelap dengan tulisan “Perikatan Nasional”.

“Kita akan bertembung pertama kali dalam PRN Sabah sebagai PN, saya dah bawa Armada Sabah untuk berjumpa dengan (Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin dan kita akan gunakan bendera kita.

“Bendera PN biru gelap dan juga ada tulisan Perikatan Nasional di PRN Sabah,” katanya dalam sebuah klip video yang tersebar di media sosial hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal turut mendakwa bahawa PAS akan bersama-sama dengan blok PN meskipun Umno menolak untuk menyertai gabungan itu secara rasmi.

“Tidak mengapa lah Umno tidak mahu bersama kita tetapi PAS bersama kita,” katanya.

Malaysiakini sudah menghubunginya Wan Fayhsal dan pemimpin PAS untuk mendapatkan ulasan lanjut.

Pada 3 Ogos lalu, PAS menyatakan hasrat untuk bertanding di Sabah dan sudah memuktamadkan kerusi yang bakal ditandingi dalam PRN Sabah.

Kenyataan Wan Ahmad Fayhsal itu hadir meskipun Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada 30 Julai berkata parti itu memutuskan untuk tidak menyertai PN secara rasmi dan sebaliknya akan terus memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan parti komponen BN yang lain.

Menurut Ahmad Zahid, sokongan kepada PN hanya berlandaskan sokongan anggota parlimen Umno dan BN di Dewan Rakyat dan Adun di peringkat negeri.

Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal juga berkata bahawa PRN Sabah akan menjadi penentu kepada pelaksanaan pilihan raya mengejut.

Sekali gus, tambahnya, ia juga akan menjadi penentu kepada kekuatan PN dan Bersatu.

“[…] Kalau kita menang PRN Sabah, pilihan raya boleh dibuat yang mungkin paling awal bulan 10 paling lewat bulan 2 mengikut kiraan peribadi saya,” katanya lagi.

DUN Sabah dibubarkan oleh Yang Dipertua Negeri Juhar Mahiruddin pada 30 Julai lalu selepas

Susulan tekanan politik pihak pembangkang di negeri itu yang menyaksikan wakil rakyat lompat parti, Ketua Menteri Negeri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai memaklumkan Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin terlah memberi perkenan untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN Sabah.

MK

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker