PAS nafi keluar surat sokong daftar PN

PAS nafi mengeluarkan surat menyatakan sokongan untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) secara sah mengikut undang-undang, seperti yang diviralkan pihak tertentu di media sosial.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu sedang menyiasat pihak yang bertanggungjawab menyebarkan surat palsu tersebut.

“Tak betul. Tengah siasat siapa yang buat dan sebar,” katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.

Terdahulu, tular di media sosial surat bertarikh 3 Ogos dan 27 Julai 2020 kononnya ditandatangani oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan persetujuan parti itu menjadi anggota penaja PN.

Surat itu juga turut menamakan Tuan Ibrahim dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Khairuddin Takiri sebagai ahli jawatankuasa penaja PN.

Sementara itu, satu lagi surat bertarikh 27 Julai pula meletakkan nama Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Samsuri Ahmad Mokhtar dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sebagai ahli jawatankuasa penaja PN. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker