Padah lupa tarik langsir, jadi tontonan awam · MYKMU.NET

Padah lupa tarik langsir, jadi tontonan awam

Share

Akibat terlupa menarik langsir, satu pasangan tidak menyedari bahawa hubungan intim mereka menjadi tontonan awam.

Tribun News melaporkan kejadian itu berlaku di sebuah hotel di Kembangan, Jakarta Barat di sini, pada Jumaat lalu.

Penjaga parkir bernama Kumis, 54, berkata, dia terkejut apabila terlihat pasangan kekasih berasmara di sebuah bilik hotel itu.

Menurut Kumis, sebelum dirinya, kejadian itu terlebih dulu disedari oleh seorang penjual sate yang turut berniaga di kawasan itu.

“Ketika itu, saya bekerja di parkir yang bertentangan dengan hotel berkenaan.

“Tiba-tiba, saya terlihat satu pasangan melakukan hubungan intim.

“Kejadian itu jelas kelihatan kerana langsir tingkap bilik hotel itu dibiarkan terbuka,” katanya.

Menurut Kumis, bukan saja dirinya, malah ramai lagi individu lain yang menyaksikannya hingga ada yang bertindak merakam video dengan telefon pintar.

“Kebetulan, ada gerai sate di kawasan berhampiran dan ramai yang menjamu selera pada waktu itu.

“Jadi, secara tidak langsung mereka terlihat sama adegan itu dan ada penduduk yang merakam video sebagai bahan bukti untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Pegawai Penyiasat Balai Polis Kembangan, Niko Purba mengesahkan menerima laporan kejadian.

Susulan itu, polis bergegas ke lokasi dan melakukan pemeriksaan lanjut.

Katanya, ketika itu, kedua-duanya masih berada di dalam bilik berkenaan.

“Berdasarkan siasatan awal, pasangan berkenaan mengakui tidak sengaja dan tidak sedar perbuatan mereka diperhatikan kerana terlupa menarik langsir,” katanya.

Selain itu, siasatan mendapati mereka bukan penduduk Kembangan, tetapi dari kawasan lain dan hanya menginap di situ.

“Kami tidak dapat menahan mereka kerana pasangan terbabit bukan di bawah umur atau terbabit dalam aktiviti pelacuran atau pornografi,” katanya. HM

Leave a Reply