Makan pedas boleh kuruskan badan?

Rakyat Malaysia sememangnya dikenali amat menyukai makanan pedas contohnya sambal belacan, sambal giling, masakan bersambal termasuklah masak lemak cili api.

Meskipun pelbagai petua yang dikongsi untuk menghilangkan sama ada minum air panas atau minum susu namun masyarakat tetap menggemarinya sebagai salah satu menu wajib sama ada makan tengahari atau makan malam.

Tapi betul ke makan pedas boleh membakar lemak?

Zaman sekarang memang terkenal dengan pelbagai makan pedas seperti ayam geprek, Korean spicy chicken dan banyak lagi menu yang berasaskan pedas.



Rasa pedas ini sangat sinonim dengan penggunaan cili kerana ia mempunyai bahan aktif yang dipanggil Capsaicin.

Capsaicin berfungsi meningkatkan kadar degupan jantung, meningkatkan kadar metabolisma, meningkatkan pengeluaran hormon dan tenaga.

Atas sebab itu, jika kita makan makanan yang pedas kita akan berasa panas dan berpeluh.

Menurut kajian kesan capsaicin akan meningkatkan pengeluaran tenaga dan secara langsung membakar lemak tetapi hanya dalam jumlah yang kecil.



Pembakaran lemak hanya efektif melalui aktiviti fizikal dan seperti bersenam kerana ia sangat penting dalam kehidupan manusia.

Namun bagi mereka yang tidak tahan pedas jangan la pergi makan makanan yang pedas semata mata hendak kurus. FMT

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker