Keputusan politik besar Umno menyusul – Zahid

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran pihaknya akan membuat satu “keputusan politik besar” susulan keputusan kes mahkamah Najib Razak hari ini.

Zahid berkata demikian selepas mahkamah mendapati Najib bersalah dalam tujuh tuduhan termasuk salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah melibatkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

“Saya amat simpati dan berasa sedih bukan hanya sebagai seorang presiden Umno, yang paling penting, beliau adalah sahabat saya. Tapi ini bukan penghujung dunia.

“[…] Namun, tentunya kita akan mengambil sesuatu keputusan politik yang agak besar hasil daripada keputusan (mahkamah) yang dibuat hari ini,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.



Zahid juga meminta ahli parti agar “berlapang dada” terhadap keputusan yang dibuat oleh parti berhubung perkembangan kes Najib ini.

“Dan saya harap kita berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap apa juga keputusan yang akan dibuat oleh parti,” katanya. Mkini

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker