Proton X50 mungkin ditawarkan serendah RM75,800

Sejak ia diumumkan pada 2018, orang ramai nampaknya seakan tidak sabar menanti kehadiran Proton X50.

Ia berikutan kenderaan jenis “compact SUV” ketika ini sememangnya menjadi pilihan ramai.

Malah apa yang lebih membuatkan orang ramai teruja apabila model ini dilihat sudah mula diuji di atas jalan raya sejak September tahun lalu.

Ia sekaligus membuatkan orang ramai tidak sabar menanti pelancarannya secara rasmi.



Terbaru, tular sebuah gambar di media sosial mengenai harga Proton X50 di atas jalan raya tanpa insuran bermula daripada RM75,800.

Model dengan spesifikasi tertinggi pula ditawarkan dengan lebihan harga RM28,000 lebih tinggi iaitu sekitar RM103,800.

Kemunculan perkongsian gambar ini turut mengundang pelbagai komen di kalangan netizen.

Perbezaan jurang harga antara empat varian yang ditawarkan antara yang menjadi persoalan.



Bagaimanapun jika dibandingkan dengan teknologi yang ditawarkan, ternyata model ini sangat berbaloi dengan harganya.

Selain itu, terdapat juga netizen yang membandingkan harga Proton X50 yang jauh lebih rendah berbanding model-model lain dalam kategori yang sama seperti Honda HR-V.

Setakat ini, masih belum dapat dipastikan sama ada ia harga rasmi daripada Proton atau sebaliknya.

Apa yang pasti pelancaran Proton X50 nanti bakal menyaksikan peminat yang selama ini menantikannya akan berebut membuat tempahan jika harga yang ditawarkan seperti yang diramalkan. FMT



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker