P. Ramasamy: Tidak Salah Ahli Politik Campur Tangan Kes LTTE?

Timbalan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang menolak seruan Ketua Polis Johor Ayob Khan bahawa orang politik tak patut kacau urusan polis.

P. Ramasamy kata ianya tidak salah untuk ahli politik campur tangan – terutamanya dalam kes LTTE.

Kerana pihak polis juga bermain politik.

Ramasamy kata pihak Polis masa kerajaan PH bermain poltiik apabila mereka menangkap 12 orang termasuk 2 wakil rakyat DAP untuk memburukkan imej kerajaan PH sendiri.

Dia kata polis tak ada bukti kukuh dan cuma menangkap mereka berdasarkan khabar angin (hearsay).

Ramasamy kata tindakan Jabatan Peguam Negara masa Tommy Thomas menjadi peguam negara menggugurkan kesemua tuduhan ke atas kes LTTE itu adalah bukti bahawa pihak polis tiada bukti kukuh dalam kes tersebut.

Eh… Ramasamy, yang mula-mula dakwa mereka dalam mahkamah juga adalah Jabatan Peguam Negara semasa Tommy Thomas menjawat sebagai peguam negara.

Dan jika tak ada bukti kukuh, kenapa pula DAP mahu gugurkan kes dan tidak membawaya ke perbicaraan untuk membuktikan pihak polis langsung tak ada bukti untuk menangkap dan mendakwa mereka – seperti apa yang saya kini buat untuk membersihkan nama saya?

Dulu, Peguam Negara kerajaan BN juga kata tiada kes untuk dakwa saya untuk 1MDB dan SRC.

Tapi Ramasamy tak kata pula itulah penanda bahawa tiada bukti kukuh untuk mendakwa saya?

Posting P.Ramasamy:
https://www.facebook.com/145582732146661/posts/3158604407511130/?d=n

SumberFB Najib Razak

 

No photo description available.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker