Apa yang ayah rasa adalah apa yang kami rasa dahulu – Anak To’Ki

Kisah kehidupan penyanyi terkenal era 90an, To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki bin Mansur yang hidup dipondok usang bersama isterinya telah tular di media sosial.

Oleh sebab itu, ada sebahagian netizen yang dengan mudah menunding jari menyalahkan anak-anak kepada To’ki tanpa langsung mengedahkan penyanyi itu.

Terkesan dengan apa yang berlaku, salah seorang daripada anaknya dikenali sebagai Noor Hidayah, 27 telah bersuara bagi membetulkan tanggapan salah masyarakat terhadap dirinya serta adik-beradik yang lain menerusi Instagram.

Sehubungan dengan itu, pihak Berita Harian telah mendapatkan sendiri Noor Hidayah bagi menjelaskan apa yang berlaku. Menurut wanita itu, kali terakhir dia bertemu dengan bapa adalah kira-kira 4 tahun lalu kita mewalikannya semasa bernikah.

Dia dan adik-beradik lain sama sekali tidak mengetahui bapanya hidup melarat kerena sudah lama tidak bertemu selepas ditinggalkan oleh penyanyi itu semasa masih kecil lagi tanpa sebarang khabar dan nafkah.

 

“Sejujurnya, saya dan adik-beradik yang lain baru dapat tahu keadaan ayah selepas berita disiarkan… Barulah kami tahu ayah sudah berkahwin lain.

“Memang terkejut sebab tidak sangka ayah hidup dalam keadaan begitu. Sebelum ini, saya ada tengok ayah buat lintas langsung di FB, tetapi tidak sangka begitu keadaan tempat tinggalnya.”

Menurut Noor Hidayah lagi, pada awalnya mereka hanya ingin mendiamkan diri sahaja, namun warganet mulaimelemparkan tanggapan kurang enak kepada mereka adik-beradik yang didakwa sengaja mengabaikan penyanyi tersebut.

Jadi, luahan di Instagram itu adalah penjelasan bagi menjawab segala tohmahan yang tidak berasas kepadanya.

“Pada awalnya, kami mahu berdiam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatif. Disebabkan itu, adik beradik mewakilkan saya untuk bersuara.

“Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini.

Oleh hal yang demikian, Noor Hidayah berharap agar apa yang disampaikan ini memperbetulkan tanggapan negatif orang ramai buat dia dan adik beradik yang lain kerana mereka sama sekali tidak pernah melupakan To’ki.

Terdahulu, kisah To’ki yang hidup dalam keadaan serba kekurangan telah mendapat perhatian umum sehinggakan Pengurusan Zakat Wilayah dan Ustaz Ebit Lew tampil memberikan bantuan.

Dalam salah satu kenyataanya di akhbar, To’ki telah meminta maaf kepada semua pihak yang pernah terguris kerananya pada masa lampau dan enggan memanjangkan lagi segala dakwaan-dakwaan yang dilakukan oleh orang ramai.

Sumber: Yayazaky,  Fatin Farhana Ariffin( Berita Harian)

Artikel Berkaitan:  Hidup dalam keadaan daif, To’ki tetap bahagia bersama isteri

Artikel Berkaitan:  Nasib To’ki terbela, dapat bantuan rumah serta komputer riba

 

Related Articles

One Comment

  1. Apa punya anak… ingatlah sejahat-jahat bapak dia tetap bapak.
    Yang peliknya anak-anak macam suka dengan keadaan toki mcm tu.
    Nak balas balik ke apa yg bapak ko orang buat tu… Klu mcm tu sama je ko org lagi teruk biarkan bapak ko org mcm tu.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker