Tipu Pekebun Kecil, Mahkamah Perintah Bayar RM557 Juta, Shafie Apdal Tolong ‘Kawtim’?

Saya syaki pengumuman Ketua Menteri Shafie Apdal semalam bahawa kerajaan PH Plus akan mengembalikan tanah kepada pekebun kecil adalah usaha untuk menyelesaikan atau membuang kes Timbalan Ketua Menteri Christina Liew diarah oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi RM557 juta kepada syarikat milik kerajaan Sabah.

Secara terang, Shafie kata langkah ini adalah untuk menyelesaikan masalah kes-kes mahkamah.

“Towards this end, he said the state government will deal with the private firms involved in the land as well, adding he hoped to settle it soon and urged the firms not to drag the matter to court as it will delay the return of the land to the claimants.”
https://www.borneotoday.net/shafie-brings-12-year-land-tussle-to-an-end/

(Sebenarnya, mahkamah sudah putuskan bahawa tanah yang kononnya dipulangkan adalah milik pekebun kecil)
Jika langkah Ketua Menteri Sabah semalam untuk menyelesaikan kes mahkamah ini memberi hasil kepada kes Timbalan Ketua Menteri Christina Liew yang sudahpun kalah berkali-kali dan terbukti dalam mahkamah telah bersuhabat dengan staff dia untuk menipu pekebun-pekebun kecil dibuang maka ini merupakan satu salah guna kuasa kerana yang menerima manfaat paling besar ialah Christina Liew yang tidak perlu lagi membayar RM557 juta.

Jika ini berlaku, harap SPRM akan teruskan siasatan.

Sebab itu, wartawan dan ADUN Sabah perlu tanya Ketua Menteri Sabah soalan ini:

Dengan pemulangkan tanah oleh syarikat milik kerajaan Sabah kepada pekebun kecil yang diumumkan semalam, apa akan terjadi kepada kes Christina Liew? Adakah kerajaan Sabah akan batalkan saman Christina Liew?

Ini penjelasan saya tentang kes penipuan Timbalan Ketua Menteri:

Sumber: FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker