Samseng, biadap budaya Dap (Video)

oleh Lau Chin Kok

LIHATLAH rakyat Malaysia, inilah sikap sebenar pemimpin DAP, perkauman, biadap, penghasut dan sentiasa mencipta permusuhan antara kaum bagi survival politik mereka.

Adalah cukup memalukan jika seorang Ahli Parlimen yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat mempunyai sikap yang teruk, tidak senonoh, biadap dan degil.

Nga Koo Ming bukan sahaja memperlihatkan perwatakan cauvinis dan rasis tetapi juga berfikiran sempit serta tidak mempunyai jiwa rakyat Malaysia.

Dengan sikap cauvinis dan fikiran sempit sebegitu, rakyat Malaysia sepatutnya sudah boleh berfikir, apakah beliau sesuai untuk terus menjawat jawatan Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat, institusi yang menyokong kedaulatan perlembagaan negara, untuk kesejahteraan semua kaum.

Dia sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berhemah. Bukannya bersikap samseng, biadap dan kurang ajar.

Tonton video di bawah dan anda nilaikan sendiri, beginikah pemimpin masa depan negara kita ? Fikir-fikirkan….

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker