Jordan Henderson dan Muhyiddin Yassin

Kejayaan Liverpool menjuarai English Premier League dengan penuh gaya dibawah pimpinan Jordan Henderson adalah sangat menakjubkan.

Henderson tidak dilihat sebagai pemain kreatif berpengaruh atau mempunyai kelebihan ‘diriving force’ menukar rentak permianan untuk melayakkan beliau menjadi Kapten Liverpool.

Beliau tidak pernah diletak sebaris dengan Steven Gerrard, Sammy Hypia, Kenny Daglish, Greame Sounnes, Phil Thompson dan Alan Hansen.



Beliau cuba dipaksa keluar dari Liverpool oleh Brendan Rodgers pada 2012 tetapi mahu kekal bersama pasukan.

Pada musim 2015/2016 beliau dilantik sebagai kapten setelah persaraan Gerrard. Ramai beranggapan pelantikan ini hanya satu keadaan sementara sebelum Liverpool menemui pengganti yang mempunyai naluri kepimpinan semula jadi.

Namun Henderson mempunyai faktor penyatuan pasukan yang sukar diganti. Beliau dihormati oleh pemain-pemain yang jauh lebih popular dan bernilai tinggi.

Walaupun Klopp mempunyai beberapa pilihan lain sebagai Kapten, pengendali Liverpool itu kekal memberi kepercayaan kepada Henderson. Akhirnya kepercayaan itu terbalas dengan kejuaraan Kelab Eropah, Kelab Dunia dan mengakhiri kemarau EPL Liverpool selama hampir 30 tahun.



Perjalanan Henderson amat menarik untuk diteliti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin tidak dilihat sebagai calon Perdana Menteri sehinggalah beberapa bulan lalu.

Selepas mengangkat sumpah juga ramai beranggapan beliau sekadar Perdana Menteri transisi sebelum PRU-15. Muhyiddin tidak pernah dilihat mempunyai kebolehan menjadi Perdana Menteri.

 



Muhyiddin yang bukan orator seperti Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir. Muhyiddin bukan pemimpin yang mempunyai jaringan politik dalam dan luar negara sehebat Najib Razak.

Sepanjang kerjaya politik Beliau sentiasa menempatkan dirinya sebagai ‘second fiddle’ kepada ramai pemimpin utama.

Seperti Henderson yang memimpin Liverpool ketika persaraan legenda Liverpool, Muhyiddin turut mengambil alih peranan dari legenda poltik negara yang tersalah percaturan.

Muhyiddin bergelut dengan ancaman pandemik Covid-19 dan perpecahan ketara kalangan ahli Parlimen sehinggakan kerajaan boleh jatuh bila-bila masa.



Namun setakat ini beliau berjaya menstabilkan keadaan pandemik kesihatan dan politik dalam negara. Muhyiddin bercakap soal-soal rakyat biasa yang walaupun tidak menarik perhatian intelektual tetapi menelusuri jiwa rakyat. Walaupun diancam ahli Parlimen, tampak beliau berjaya menyatukan sebahagian besar rakyat.

Melihat populariti dan kejayaan beliau masa ini, tidak mustahil Muhyiddin akan memimpin satu gabungan politik yang akan memenangi PRU-15 dengan penuh bergaya.

Sesungguhnya Henderson dan Muhyiddin memberi sisi baru kepada nilai kepimpinan.

Ab Jalil Backer



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker