Bukti Mahathir ‘dikuasai’ Dap.
Dengan kenyataan yang dibuat Anthony Loke dalam wawancaranya dengan Malaysiakini terbukti bahawa Mahathir memang berada di dalam tangan mereka. Mereka boleh menentukan berapa lama Mahathir akan jadi perdana menteri.
Mereka memerlukan Mahathir untuk dapat sokongan rakyat sahaja dan Mahathir pula memerlukan mereka untuk menjadi perdana menteri. Sekiranya Mahathir menjadi perdana menteri buat kali ketiga nanti, sejarah pemerintahan 22 bulan PH akan berulang lagi di mana perdana menteri berada dalam tangan Dap.
Ada cara pastikan Dr M undur lepas 6 bulan – DAP
Terdapat kaedah bagi memastikan Dr Mahathir Mohamad berundur dalam tempoh ditetapkan jika beliau menjadi perdana menteri buat kali ketiga, kata DAP.
Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, setiausaha organisasi DAP Anthony Loke mengakui terdapat keraguan berkaitan perkara itu.
“Jawapan kami terhadap undur diri lepas enam bulan, terdapat mekanisme untuk memastikannya.
“PKR ada 38 MP. Tanpa mereka Mahathir tak boleh terus memerintah.
“Setiap parti boleh menjatuhkan kerajaan jika mereka tarikh balik sokongan,” katanya. -Mkini
You must be logged in to post a comment.