Whatsapp lancar perkhidmatan pembayaran digital.

Perkhidmatan pesanan Whatsapp baru-baru ini telah melancarkan gerbang pembayarannya di Brazil ekoran perkembangan pesat perkhidmatan pembayaran digital seiring dengan usaha pendigitalan di seluruh dunia.

Bagaimanapun, teknologi itu belum lagi menjangkau para pengguna di Malaysia dan Asia Pasifik.

“Brazil adalah satu-satunya negara setakat ini. Tiada lagi wilayah lain diumumkan (sebagai pasaran berikutnya),” kata wakil aplikasi pesanan itu dalam satu pertanyaan hari ini.

Whatsapp, yang dimiliki oleh Facebook, telah melancarkan perkhidmatan pembayaran digital, sekali gus memanfaatkan populariti platform sembang di pasaran baru muncul.



Ini sejajar dengan hasrat Facebook untuk menarik lebih banyak perkhidmatan e-dagang ke platformnya.

Awal tahun ini, ketua eksekutif Mark Zuckerberg menggariskan rancangan untuk menawarkan perkhidmatan berkenaan di India, Indonesia dan Mexico, tertakluk kepada kelulusan pengawalseliaan.

Brazil adalah pasaran kedua terbesar untuk Whatsapp dengan lebih daripada 120 juta pengguna.

Perkhidmatan pembayaran ini dijangka akan bersaing dengan peserta pembayaran mudah alih dan e-dompet utama yang lain seperti GrabPay, eDompet Touch&Go dan Boost, sekiranya ia memasuki pasaran Malaysia.



— BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker